Sistem Bidaan Universiti Kebangsaan Malaysia || UBIDA

SOALAN- SOALAN LAZIM

1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal UBIDA?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal UBIDA:

    i) Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal UBIDA?
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal UBIDA?

Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalam sistem UBIDA. Pembayaran fi pengurusan sebanyak RM10 hendaklah dibuat bagi setiap transaksi nombor plat baharu sebanyak satu kali sahaja.

    i) Individu: Mengisikan dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan.

    ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian: Mengisikan dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan. Juga isikan nama syarikat jika ingin mendaftar atas nama syarikat. Setelah menang, bawa sijil rasmi ke JPJ Wangsa Maju bersama dokumen pendaftaran perniagaan yang diperlukan bagi pendaftaran kenderaan di atas nama syarikat.

4. Apakah jenis mel-e yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal UBIDA?
Orang awam atau pengguna portal UBIDA disarankan menggunakan mel-e jenis Yahoo dan Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem UBIDA. Untuk mel-e korporat, sila pastikan urusetia mel-e anda membenarkan mel-e dari luar dan juga semak capaian spam.
5. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal UBIDA?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam sistem UBIDA sebelum tamat waktu bidaan (jika membida). Jika tidak, maklumat peribadi ini akan dicetak di atas sijil pemenang dan tidak boleh ditukar.
6. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal UBIDA?
Orang awam atau pengguna portal UBIDA disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
7. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?
RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
8. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh Bidaan untuk satu (1) sesi nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 3 hari bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 12 tengah hari pada hari ke tiga (3). Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank. * Anda digalakkan untuk melakukan membida awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran. Bukti bayaran berjaya bukanlah bukti bidaan berjaya.
9. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?
Deposit bagi kategori nombor Unggul, Prima dan Terpilih adalah 100% daripada nilai bidaan pertama pembida, manakala bagi kategori Terhad adalah 20% daripada nilai bidaan pertama pembida.
10. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?
Setiap nombor kenderaan mempunyai kategori dan nilai ditentukan mengikut jadual berikut:

KATEGORI
NOMBOR PILIHAN
Harga Lantai (RM)
UNGGUL
UKM 1
100,000
UKM 8
100,000
UKM 2 - 9
75,000
PRIMA
UKM 10
25,000
UKM 50
25,000
UKM 88
25,000
UKM 99
25,000
Nombor berganda 2 digit
15,000
Nombor berganda 3 digit
10,000
Nombor berganda 4 digit
3,500
UKM 12 - 98
10,000
UKM 100
10,000
UKM 888
10,000
UKM 999
10,000
UKM 1000
3,000
UKM 8888
5,000
UKM 9999
4,000
TERHAD
UKM 101 - 998
3,500
TERPILIH
UKM 1001 DAN KOMBINASI
1,050


Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

5% x Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Contoh :

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)

Jumlah Bidaan

Kategori

Harga Minima (RM)

Kenaikan Bidaan Minima (RM)

KenaikanPertama

Kenaikan Kedua

Kenaikan Ketiga

Nombor Unggul

100,000.00

5,000.00

105,000.00

110,000.00

115,000.00

Nombor Prima

10,000.00

500.00

10,500.00

11,000.00

11,500.00

Nombor Terhad

3,500.00

175.00

3,675.00

3,850.00

4,025.00

Nombor Terpilih

1,000.00

50.00

1,050.00

1,100.00

1,150.00

Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan. Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization. Untuk kaedah pembayaran secara FPX, atau tunai atas talian (melalui kaunter 7-11 dll), pembida yang tidak menang akan dipulangkan wang dalam tempoh 14 hari.

11. Apakah had untuk membida?
Tiada had untuk membida.
12. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?
TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.
13. Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?
Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk akaun pembida atau pemberitahuan mel-e.
14. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.
15. Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang/gagal bidaan?
Pentadbir sistem akan menghantar mel-e makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal. Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal UBIDA melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.
16. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?
Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.
17. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?
Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
18. Apa yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?
Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.
19. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
20. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit pembida dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja manakala bagi penggunaan kad debit bayaran akan di kreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
21. Apakah yang perlu saya tahu jika saya memilih opsyen skim potongan gaji (untuk staf UKM sahaja)?
Tawaran skim potongan gaji untuk bidaan sesi kedua ini hanya untuk nombor plat dari kategori Terhad sahaja.
22. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
23. Masa bilakah saya harus membuat bayaran deposit?
Lakukan bayaran fi dan deposit di awal masa bidaan. Jangan tunggu di saat akhir kerana bayaran memerlukan sedikit masa untuk pemprosesan. Bukti bayaran berjaya bukan bukti anda menang bidaan.
24. Adakah pembida lain tahu jika saya membida satu-satu nombor?
Jangan risau untuk membida. Sebagaimana anda tidak dapat melihat nama sebenar pembida lain, begitu juga pembida lain tidak dapat melihat nama sebenar anda. Privasi anda dilindungi.
25. Bagaimana jika bidaan saya dipintas?
Jika bidaan anda telah dipintas, inilah masa untuk anda membida semula. Membida kali ke-2 dan seterusnya tidak lagi memerlukan bayaran. Bidaan akan lancar walaupun sehingga ke saat yang terakhir.
26. Bidaan hampir tutup, tetapi bidaan saya masih lagi dipintas. Adakah saya akan dikalahkan?
Jangan panik jika bidaan anda dipintas di saat akhir. Sistem Ubida dilengkapi dengan fungsi pemanjangan masa automatik selama 5 minit jika terdapat bidaan dalam tempoh 2 minit terakhir. Bida selagi ada masa.
27. Masa tamat, saya pembida tertinggi. Namun, mengapa nama saya tiada di ruangan "Bidaan Menang"?
Jangan panik. Berikan masa kepada sistem untuk mengemaskini data pemenang.
28. Bayaran berjaya di saat akhir, tetapi bidaan tidak diterima kerana masa telah tamat. Bagaimana dengan bayaran tersebut?
Bayaran anda tetap direkodkan di ruangan "Sejarah Bayaran". Wang anda juga tetap akan dikembalikan.
29. Saya telah menang, apa perlu saya lakukan?
Tunggu 24 jam selepas bidaan tamat, sijil pendaftaran nombor plat sedang menunggu kedatangan anda di pejabat Yayasan Canselor, UKM.
30. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?
Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ Cawangan Wangsa Maju dan perlu membawa dokumen seperti dibawah: i) Cetakan Sijil Asal daripada pihak Yayasan Canselor UKM. ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat
31. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?
Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
32. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
33. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?
Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.
34. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.
35. Apakah yang perlu dilakukan jika pembida lupa kata laluan untuk log masuk ke portal UBIDA?

Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih mel-e yang didaftarkan melalui cara berikut:

    i) Klik lupa kata laluan pada skrin log masuk

    ii) Kemudian masukkan nama alamat mel-e yang didaftarkan.

    (iii) Klik pada ruangan saya bukan robot.

    (iv) Klik butang hantar

    (v) Mesej akan dihantar pada mel-e berdaftar pembida dan ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.

36. Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem UBIDA?
Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan UKM di 03 8921 4178 (Kahar)/ 3134 (Nabila)/ 4714 (Yasmeen) untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.