Terma & Syarat

SYARAT DAN TERMA PEMBELIAN PLAT KHAS KENDERAAN UKM SEMPENA SAMBUTAN UKM KE-50

1.    Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2.   Penggunaan Mel-E bagi pendaftaran Ubida, UKM mencadangkan pembida menggunakan Yahoo, Gmail atau Email Institusi bagi mengelakkan sebarang kesulitan pendaftaran.  

3.    Pembida dibenarkan membida dan membeli lebih dari satu (1) nombor.

4.    Nombor pendaftaran khas kenderaan UKM hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan Malaysia sahaja.

5.    Semua pembelian hendaklah dilakukan melalui bidaan terbuka di laman rasmi portal bidaan UKM, ubida.ukm.my.

6.    Semua bidaan dalam talian memerlukan penggunaan kad kredit dan perbankan dalam talian (FPX) dll.  

7.    Deposit bagi kategori nombor Unggul, Prima dan Terpilih adalah 100% daripada nilai bidaan pertama pembida, manakala bagi kategori Terhad adalah 20% daripada nilai bidaan pertama pembida.
Setelah keputusan menang diterima, pembida boleh membuat bayaran selebihnya (jika ada) untuk menuntut sijil kelulusan JPJ.  

8.    Setiap bidaan dijadualkan untuk tamat pada pukul 12.30 PM. Jika terdapat bidaan diletakkan dalam masa 2 minit terakhir sebelum tamat, masa tamat bidaan bagi item tersebut akan dipanjangkan iaitu sebanyak 5 minit masa tambahan. Sekiranya terdapat lagi bidaan dalam setiap 5 minit masa tambahan, maka masa tamat akan terus dipanjangkan lagi selama 5 minit masa tambahan sehingga tiada lagi bidaan dalam masa 2 minit terakhir.

Sehubungan itu, ada bidaan yang akan tamat tepat jam 12.30 PM dan mungkin berbeza untuk yang lain. Kesemua keputusan bidaan adalah melalui portal bidaan UKM adalah muktamad dan sebarang rayuan/permohonan perubahan tidak akan dilayan. 

9.    Pendaftaran dan kegunaan nombor plat kenderaan UKM masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Kementerian Pengangkutan Malaysia. 

10.    Untuk urusan penukaran nama hak-milik nombor plat setelah berjaya dalam bidaan, pembeli hendaklah:-
       a. Urusan penukaran nama hak milik tidak boleh dibuat selama 3 hari bekerja kerana pengumuman bagi pemenang adalah dalam tempoh 3 hari.  Pembida hendaklah; Muat-turun borang dari ubida.ukm.my, melengkapkan dan menyerahkan Borang P01/1 melalui serahan tangan ke Pejabat Yayasan Canselor.
       b. Resit dan sijil rasmi tawaran nombor plat kenderaan khas UKM akan dikeluarkan secara otomatik setelah tiga (3) hari bekerja dan sebarang perubahan/rayuan tidak akan dilayan. 

11.    Sistem Ubida akan mengemaskini data pemenang setelah bidaan tutup dan pembida berjaya akan dipaparkan di dalam menu Panel Kawalan pembida di ruangan Menu Bidaan Menang

12.    Arahan pendaftaran setelah berjaya dan menerima sijil tawaran dari Yayasan Canselor:
        a. Pembeli perlu menghubungi Yayasan Canselor dan memilih tarikh untuk mengambil resit dan sijil tawaran rasmi plat khas UKM dari pejabat Yayasan Canselor. 
        b. Pendaftaran nombor khas kenderaan UKM tersebut perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan di JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Untuk permohonan lanjutan tempoh, boleh hubungi pihak JPJ bagi tujuan tersebut.
        c. Sebarang pindah-milik setelah nombor khas UKM didaftarkan pada kenderaan hendaklah berurusan dengan bahagian JPJ, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

13.    Resit dan sijil tawaran asal hanya akan dikeluarkan sekali. Pihak pembida berjaya dinasihatkan menyimpan sijil tawaran rasmi dengan baik dan tidak cuai. Cetakan semula sijil tawaran rasmi hanya boleh dilakukan jika bukti kehilangan yang sahih (cth; laporan polis) dapat dikemukakan dan akan dikenakan caj RM20. 

14.    Segala keputusan bidaan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. UKM mengamalkan polisi tiada hadiah dan berharap semua pihak menghormati proses penjualan plat kenderaan khas ini. 

15.    Bagi pembida yang telah menang dan mempunyai kesukaran untuk mengambil sijil kemenangan di Pejabat Yayasan Canselor, pihak kami menyediakan perkhidmatan pos, namun pihak kami tidak menanggung sebarang risiko kerosakan atau kehilangan terhadap sijil dan bayaran perkhidmatan penghantaran sebanyak RM15 akan dikenakan. Urusan pos boleh berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan kami. 

16.     Bagi pengguna yang tidak menyelesaikan baki bayaran selama tempoh (7) hari bekerja terhadap nombor yang dimenangi, deposit tersebut akan dikira hangus dan akan menjadi hasil kerajaan

 

SYARAT-SYARAT KHAS LAIN PENJUALAN

1.    Tawaran skim potongan gaji untuk bidaan sesi kedua ini hanya untuk nombor plat dari kategori Terhad sahaja.

2.    Kesemua harga bidaan plat kenderaan yang dipaparkan dalam sistem adalah muktamad dan telah diluluskan pihak pengurusan tertinggi Universiti.