Dasar Privasi

Kami komited untuk melindungi Data Peribadi semua pembida di laman web ubida.ukm.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi yang dinyatakan di bawah, sila hubungi kami menerusi nombor telefon seperti di bawah:-

Pusat Khidmat Pelanggan: +603 8921 4178/3134 /4714

 

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar mel-e yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama-sama dengan jabatan lain dalam UKM untuk membantu menyelesaikan setiap masalah pembelian nombor plat atau proses bidaan. Namun begitu, maklumat mel-e anda tidak akan dijual atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga yang akan menyalahgunakan mel-e anda atau menginginkan keuntungan daripada maklumat tersebut.

 

Maklumat yang dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari sistem UBIDA ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda semasa pendaftaran sahaja.

Sekiranya anda membida dan membuat bayaran, maklumat tentang bayaran, kaedah pembayaran dan jenis perbankan yang anda gunakan akan disimpan bagi tujuan melindungi hak anda sebagai pembida di sepanjang proses bidaan dilakukan. 


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama-sama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.