TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN UKM@SURIAFM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


  1. 1. Penyertaan adalah percuma.
  2. 2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. 3. Tempoh peraduan bermula pada 7/12/2O2O dan berakhir pada 31/12/2020. Sekretariat Penjualan Plat Kenderaan UKM berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung pertandingan pada bila-bila masa dalam tempoh pertandingan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. 4. Pertandingan adalah secara individu dan setiap individu hanya boleh menghantar satu penyertaan serta layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
  5. 5. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan kepada penganjur.
  6. 6. Setiap penyertaan yang dikemukakan mesti lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki,
  7. 7. Semua borang penyertaan yang dihantar adalah tertakluk kepada pengesahan Penganjur. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan secara automatik borang penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan lewat (borang penyertaan yang diterima selepas 1/1/2020, 12.00 malam)
  8. 8. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan mana-mana borang penyertaan tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan.
  9. 9. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 1 (satu) bulan dari tarikh Hadiah disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  10. 10. Iklan Pengumuman Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan dipaparkan di laman utama ubida.ukm.my