SOALAN-SOALAN LAZIM PROMOSI 88 NOMBOR BERTUAH


1. Apakah itu Promosi Rebat 88 Nombor bertuah?

Promosi ini bersempena sambutan Jubli Emas UKM dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina 2021 bagi Penjualan Nombor Plat Kenderaan Edisi khas UKM di ubida.ukm.my. Promosi ini memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk memilik Nombor Plat Kenderaan Edisi Khas UKM.


2. Berapa lamakah tempoh promosi ini akan berlangsung?

Promosi ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula dari 1 Februari 2021 (Isnin) sehingga 19 Februari 2021 (Jumaat). Jualan dibuka pada setiap minggu bermula dari 12.00 tengahari (Isnin) sehingga 12.00 tengahari (Jumaat).


3. Berapakah rebat yang akan diberikan sepanjang tempoh promosi?

Potongan rebat adalah berbeza mengikut kategori nombor plat. Semakan nilai rebat boleh dilakukan di laman sesawang di ubida.ukm.my.


4. Berapa banyak nombor yang akan mendapat potongan rebat?

Pada setiap minggu sepanjang tempoh promosi, sebanyak 88 nombor yang akan ditawarkan. Sila semak laman sesawang di ubida.ukm.my.


5. Apakah syarat penyertaan?

Tiada syarat dan ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.


6. Adakah saya perlu membuat pendaftaran di ubida.ukm.my?

Ya, peserta perlu melengkapkan maklumat diri di bahagian borang pendaftaran yang disediakan dan aktifkan akaun dengan membuat pengesahan e-mel. Sila rujuk Manual Pengguna untuk membuat pendaftaran.


7. Bolehkah saya membeli lebih daripada satu nombor promosi?

Ya, boleh.


8. Bolehkan saya membuat pembelian bagi pihak ketiga?

Ya, boleh.


9. Adakah saya perlu membida untuk nombor promosi ini?

Ya, anda perlu membida jika terdapat pembida lain untuk nombor promosi tersebut.


10. Bagaimana dan di manakah saya boleh menuntut sijil kemenangan?

Tuntutan sijil kemenangan boleh dibuat di Pejabat Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor.


11. Bagaimana hendak membida nombor yang saya minati?

Anda perlu kembali ke halaman utama ubida.ukm.my dan tekan butang jom bida. Anda perlu mengikuti Langkah mudah untuk membuat pembidaan seperti berikut;

  • 1) Mendaftar ID Pengguna di portal Ubida.
  • 2) Buat carian nombor idaman
  • 3) Membuat bayaran yuran bidaan untuk membida
  • 4) Membida dan membuat bayaran deposit


12. Apakah nombor yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem Ubida?

Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan UKM di talian pejabat 03-8921 4178/3134 atau talian bimbit/Whatsapp 011-6341 1214.


E-Buletin

Langgan e-buletin kami dan jadilah orang pertama yang mendapat berita mengenainya.

Hakcipta Terpelihara. © 2019 Ubida. Universiti Kebangsaan Malaysia.